Featured Posts

Kaspersky Murah Antivirus Giveaway #1

Jom pakat ramai-ramai join Kaspersky Murah Antivirus Giveaway Part 1. Mana tau anda boleh menang 1 Set Kaspersky Antivirus 1Year 1PC.

Promosi Harga Runtuh Antivirus dari 14-16 Jun 2013

Harga Runtuh Antivirus!! | Memang Gempak

Cara Pembelian antivirus Kaspersky Murah | Memang Murah

Pilih antivirus yang anda suka, bayar melalui Maybank2u atau CIMBClicks dan semak emel!!Senang kan!!

Kaspersky Murah | Logo Kaspersky Murah | Memang Murah

Logo Kaspersky Murah. Memang cantik | Memang Gempak

23 June 2013

Bersabarlah dalam Menghadapi Ujian Allah dan Maafkan Insan yang Menyakiti Hatimu

Harini ini, KM berasa amat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada KM sekeluarga selama ini. Semasa KM review terjemahan Al-Quran masa Maghrib tadi, hati KM rasa amat tenang bila memahami tentang Islam itu sendiri. Betapa indahnya Islam dengan pembukuan Al-Quran, membuktikan bahawa Islam itu syumul, merangkumi segala aspek kehidupan. Allah menyuruh umatNya agar sabar dalam menghadapi segala ujian mahupun mussibah yang melanda.

Sesungguhnya Allah menguji seseorang itu berdasarkan kepada ketabahannya. Jadi, kita sebagai hamba Allah, perlu rasa bersyukur apabila diuji dengan sesuatu yang sukar kerana bukan semua manusia berpeluang menerima ujian yang sama seperti kita. Tidak lama lagi, Ramadhan akan menjelma. KM pernah mengikuti siaran agama di TV, menyarankan kita agar memaafkan insan yang telah menyakiti hati kita. Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang ini nanti, KM telah ikhlaskan hati KM, KM maafkan segala salah silap beberapa insan seperti dua orang rakan KM dan seorang saudara perempuan KM.

Kadang-kadang manusia dengki apabila kita bahagia dengan perkahwinan yang kita bina. Ada masanya manusia cemburu melihat kerja kita yang bagus. Jadi, ada segelintir yang suka menokok nambah cerita agar kita nampak teruk di mata yang lain. Apapun yang mereka lakukan, KM maafkan segala kesalahan mereka kerana mereka juga manusia biasa dan KM doakan pada Allah agar mereka diberi hidayah dan petunjuk supaya mereka sedar akan kesilapan mereka.

Teringat dulu masa KM di sekolah, seorang rakan KM suka memburuk-burukkan KM sedangkan KM tidak pernah buat salah pada dia. Masa tu bulan Ramadhan dan KM pun berdoa pada Allah sebab doa orang teraniaya itu memang tiada hijabnya, akan terus makbul.Jadi, KM terus berdoa, bukan berdoa untuk dia ditimpakan musibah, tetapi berdoa agar dia diberikan hidayah dan petunjuk. Allah itu memang Maha Besar, rakan KM tadi datang jumpa KM dan meminta maaf dengan KM serta mengaku yang dia banyak memburuk-burukkan KM depan rakan-rakan. Pengajaran dari cerita KM adalah doa orang teraniaya makbul dan jangan dengki akan kebahagiaan atau kejayaan seseorang, malah kita perlu bersyukur atas rahmat dan nikmat yang Allah berikan kepada kita..Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah 
 

20 June 2013

Tiket ke Super GT International Series Malaysia 15 dan 16 Jun 2013

Akhirnya, +Kaspersky Murah  berjaya juga buat entri tentang Super GT International Series Malaysia yang telah berlangsung di Litar Sepang pada 15 dan 16 Jun 2013 lalu. Lambat sikit update entri ni sebab terlupa la letak kamera KM kat mana..hehe.Tuah ayam nampak di kaki (yeke, tak nampak pun?hehe), tuah manusia, tak ada siapa yang tahu..Alhamdulillah, rezeki dari Allah, KM dapat Tiket ke Super GT International Series, hadiah daripada +PakcikLie PCL .Thanks again PCL.

KM pergi ke Litar Sepang bersama orang yang tersayang (chewah..romantik giler aah mamat ni!). Ni KM nak cerita lah detik-detik dan gambar-gambar menarik di sana.

Ini gambar kereta racing..ape entah nama dia.(KM bukan pro kereta pun..haha)KM lupa setting tarikh yang betul di kamera KM. Al-maklumlah, Kaspersky Murah, kamera pun murah lah..hihi..
Pergh, smart, macho, bergaya..hitam, ada keunggulan..opss, macam kenal je slogan tu..hehe
 
Hamawangsa!!Superb la, bro..

Motorbike yang memang macho..Bayangkanlah kalo KM naik motor ni sambil promosi antivirus kat tengah highway tu..haha
 
Ini pula..Opss, berdosa tau kalo tengok dua tiga kali...so, kalo nak tengok, tengok sekali je tapi lama-lama..hehe. tetap tak boleh tau..dose..(*__*)
Asia Race 1 telah bermula pada pagi jam 9.30 pagi. Asia Race 2 pula bermula pada jam 3.00 petang. KM dan orang tersayang KM sempat tengok race tu. Memang best sangat, tapi biasalah bunyi deruman kereta yang Vroom..Vrooom..Vroom, menggamit dan menambah kehangatan di Litar Sepang.Kami duduk di F Grandstand. Ini permandangan dari F Grandstand.

Kesimpulannya, memang seronok sangat KM dan orang tersayang KM g ke Super GT International Series ini. Thanks again +PakcikLie PCL 

18 June 2013

Pemenang Kaspersky Murah Antivirus Giveaway by Kaspersky Murah

Alhamdulillah, akhirnya KM berjaya mengadakan Giveaway yang julung-julung kali KM adakan iaitu Kaspersky Murah Antivirus Giveaway by Kaspersky Murah yang telah tamat tarikh penyertaannya iaitu pada 17 Jun 2013 yang lalu.

Seperti mana yang KM janjikan, pengumuman bagi pemenang untuk Kaspersky Murah Antivirus Giveaway ini akan diumumkan pada hari ini iaitu 18 Jun 2013. Walaupun Giveaway yang pertama KM adakan kurang mendapat sambutan, kerana hanya 17 orang peserta sahaja yang menyertai GA ini, tetapi setiap janji perlulah kita kotakan, betul tak? Terdapat satu penyertaan yang terpaksa dibatalkan kerana link penyertaan tidak menepati kriteria link yang KM telah tetapkan.

Setelah menggunakan pakcik Random.org, KM telah mengenalpasti seorang pemenang yang berjaya mengondol hadiah berupa..chewah, ayat macam jadi pengacara majlis pulak..hehe..Jom kita tengok siapa yang bertuah.


Wah, penyertaan no. 1!!!Sapa lah yang menang ek?jeng..jeng..jeng..Tahniah kepada PakcikLie kerana berjaya menjadi pemenang yang bertuah dalam Kaspersky Murah Antivirus Giveaway #1 by Kaspersky Murah.

Anda akan membawa pulang satu Set Kaspersky Antivirus 1Year 1PC dari Kaspersky Murah. Tahniah sekali lagi dari pihak kami @Kaspersky Murah.

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

Harini, rakan KM, bro Arifin memberitahu bahawa tarikh temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik telah keluar di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). So, KM cepat-cepat lah ke laman web SPA. Berikut adalah paparan yang dinyatakan di laman tersebut. Ni laman web SPA.


Kemudian, KM pun klik pada link tersebut. Berikut adalah paparan yang dipaparkan.

Kemudian, KM rasa macam cuak gak lah. Haritu Alhamdulillah, KM dah lulus peperiksaan. Sekarang, memang berdebar untuk penjadualan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik ini. So, KM pun pergi ke bahagian bawah laman web SPA iaitu Semakan Online. KM klik pada Senarai Penjadualan Temuduga. Berikut adalah paparan yang dipaparkan.
 
 
Dan keluarlah paparan seperti di bawah ini..Adus, berdebarnya jantung KM rasa macam nak berkhatan time kecik-kecik dulu..ahaks..
 
Wah, dah ada lah jadual temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik!!Takutnya bro!!KM pun klik lah pada link tersebut. KM pun masukkan IC KM dan klik Hantar.   Ini yang keluar!!
 
 Oh, kenapa pula keluar "Maaf!Maklumat anda tiada dalam urusan ini."KM terus telefon SPA, tanyakan pada pegawai SPA tentang kenapa maklumat KM tiada dalam urusan temuduga. Risau juga takut ada berlaku kesilapan teknikal. Pegawai tu kata "Cuba tengok di portal SPA, ada ditulis bahawa Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Jika nama encik tiada dalam penjadualan temuduga tadi, ia mungkin akan keluar pada penjadualan temuduga pada peringkat seterusnya. encik perlu semak laman portal SPA dalam masa 2/3 hari ini. Ramai calon temuduga sebab ramai lulus peperiksaan PTD haritu..dalam 6000 orang".
 
KM pun cakap dalam hati"Oh, 6000 orang?"getus suara hati kecilku..Takpe, yang penting, teruskan berusaha dan berdoa. InsyaAllah, andai ada rezeki KM, moga Allah permudahkan..Amin

16 June 2013

Tamat Sudah Promosi Harga Runtuh Antivirus 14-16 Jun 2013

Alhamdulillah, tamat sudah Promosi Harga Runtuh Antivirus Kaspersky yang telah bermula dari 14-16 Jun 2013. Rasa sangat gembira kerana dapat berkongsi harga yang sangat-sangat istimewa dengan para pembaca dan pembeli di Kaspersky Murah. Terima kasih kepada ramai pembeli yang telah membeli di Kaspersky Murah. Antaranya seperti En Mohd Ruzi, En Muhsin, Cik Mahfuza, Cikgu Azizi dan ramai lagi (maaf kerana KM tidak sempat nak menulis semua nama anda di sini).

Dengan sokongan anda di sini, Kaspersky Murah akan tetap berdiri, memberikan perkhidmatan yang sebaiknya untuk anda semua, dengan izin Allah. Sesungguhnya semua rezeki ini diberikan oleh Allah SWT, dan KM sebagai hambaNya sentiasa berusaha untuk menjadikan niche kami iaitu Kaspersky Antivirus sebagai perniagaan yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat para pengguna.

14 June 2013

Promosi Kaspersky Murah Harga Runtuh 14-16 Jun 2013

Harga Runtuh Antivirus Kaspersky Murah 14-16 Jun 2013
Promosi Harga Runtuh Antivirus oleh Kaspersky Murah telah dilanjutkan sehingga jam 6.00 petang 16 Jun 2013 (Ahad). Bagi peluang pada para peminat antivirus Kaspersky ini untuk membeli, tapi sampai esok je tau promosi ni. Harga memang runtuh sangat-sangat!! Rugi kalau tak beli tau!!
 
Nak beli?? Mari klik di bawah ini!!!

12 June 2013

Tiket ke Super GT International Series Malaysia

Harini KM dok tunggu abang posman je datang rumah..Punyalah tak sabar KM, sampai pm inbox PakcikLie lagi. Dah ler orang tu bagi hadiah, KM pula dok tanya bila hadiah nak sampai.hehe.Siapalah yang tak suka dapat hadiah kan..hihi..Actually, KM pun secara tak sengaja masa baca blog PakcikLie, tiba-tiba ada giveaway, (selama ini jadi silent reader baca blog dia), so KM pun cubalah nasib, sapa cepat dia rembat la kan..hihi.

Alhamdulillah, PakcikLie terus minta alamat."Manalah abang posman ni".sebab tak sabar rasanya nak tengok kereta-kereta sport di Sepang tu. Lepas Solat Dhuha tadi, tiba-tiba abang postman (merangkap pakcik dah pun) datang hantar surat. Alhamdulillah, harini KM dah dapat 2 keping tiket ke Super GT International Series Malaysia, of course la di Sepang Circuit. Tiket ini disponsor oleh PakcikLie kita ni..Jom la pakat-pakat g usha blog PakcikLie ni.

p/s: Tarikh dalam gambar tu salah, sepatutnya tarikh harini (12 Jun 2013), technical factor disebabkan oleh setting di kamera murah KM..hehe

..Dah la Kaspersky Murah, kamera pun murah juga..hihi
 

Sample text

Sample Text

Sample Text