23 June 2013

Bersabarlah dalam Menghadapi Ujian Allah dan Maafkan Insan yang Menyakiti Hatimu

Harini ini, KM berasa amat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada KM sekeluarga selama ini. Semasa KM review terjemahan Al-Quran masa Maghrib tadi, hati KM rasa amat tenang bila memahami tentang Islam itu sendiri. Betapa indahnya Islam dengan pembukuan Al-Quran, membuktikan bahawa Islam itu syumul, merangkumi segala aspek kehidupan. Allah menyuruh umatNya agar sabar dalam menghadapi segala ujian mahupun mussibah yang melanda.

Sesungguhnya Allah menguji seseorang itu berdasarkan kepada ketabahannya. Jadi, kita sebagai hamba Allah, perlu rasa bersyukur apabila diuji dengan sesuatu yang sukar kerana bukan semua manusia berpeluang menerima ujian yang sama seperti kita. Tidak lama lagi, Ramadhan akan menjelma. KM pernah mengikuti siaran agama di TV, menyarankan kita agar memaafkan insan yang telah menyakiti hati kita. Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang ini nanti, KM telah ikhlaskan hati KM, KM maafkan segala salah silap beberapa insan seperti dua orang rakan KM dan seorang saudara perempuan KM.

Kadang-kadang manusia dengki apabila kita bahagia dengan perkahwinan yang kita bina. Ada masanya manusia cemburu melihat kerja kita yang bagus. Jadi, ada segelintir yang suka menokok nambah cerita agar kita nampak teruk di mata yang lain. Apapun yang mereka lakukan, KM maafkan segala kesalahan mereka kerana mereka juga manusia biasa dan KM doakan pada Allah agar mereka diberi hidayah dan petunjuk supaya mereka sedar akan kesilapan mereka.

Teringat dulu masa KM di sekolah, seorang rakan KM suka memburuk-burukkan KM sedangkan KM tidak pernah buat salah pada dia. Masa tu bulan Ramadhan dan KM pun berdoa pada Allah sebab doa orang teraniaya itu memang tiada hijabnya, akan terus makbul.Jadi, KM terus berdoa, bukan berdoa untuk dia ditimpakan musibah, tetapi berdoa agar dia diberikan hidayah dan petunjuk. Allah itu memang Maha Besar, rakan KM tadi datang jumpa KM dan meminta maaf dengan KM serta mengaku yang dia banyak memburuk-burukkan KM depan rakan-rakan. Pengajaran dari cerita KM adalah doa orang teraniaya makbul dan jangan dengki akan kebahagiaan atau kejayaan seseorang, malah kita perlu bersyukur atas rahmat dan nikmat yang Allah berikan kepada kita..Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah 
 
 

Sample text

Sample Text

Sample Text