18 June 2013

Pemenang Kaspersky Murah Antivirus Giveaway by Kaspersky Murah

Alhamdulillah, akhirnya KM berjaya mengadakan Giveaway yang julung-julung kali KM adakan iaitu Kaspersky Murah Antivirus Giveaway by Kaspersky Murah yang telah tamat tarikh penyertaannya iaitu pada 17 Jun 2013 yang lalu.

Seperti mana yang KM janjikan, pengumuman bagi pemenang untuk Kaspersky Murah Antivirus Giveaway ini akan diumumkan pada hari ini iaitu 18 Jun 2013. Walaupun Giveaway yang pertama KM adakan kurang mendapat sambutan, kerana hanya 17 orang peserta sahaja yang menyertai GA ini, tetapi setiap janji perlulah kita kotakan, betul tak? Terdapat satu penyertaan yang terpaksa dibatalkan kerana link penyertaan tidak menepati kriteria link yang KM telah tetapkan.

Setelah menggunakan pakcik Random.org, KM telah mengenalpasti seorang pemenang yang berjaya mengondol hadiah berupa..chewah, ayat macam jadi pengacara majlis pulak..hehe..Jom kita tengok siapa yang bertuah.


Wah, penyertaan no. 1!!!Sapa lah yang menang ek?jeng..jeng..jeng..Tahniah kepada PakcikLie kerana berjaya menjadi pemenang yang bertuah dalam Kaspersky Murah Antivirus Giveaway #1 by Kaspersky Murah.

Anda akan membawa pulang satu Set Kaspersky Antivirus 1Year 1PC dari Kaspersky Murah. Tahniah sekali lagi dari pihak kami @Kaspersky Murah.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text