18 June 2013

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

Harini, rakan KM, bro Arifin memberitahu bahawa tarikh temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik telah keluar di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). So, KM cepat-cepat lah ke laman web SPA. Berikut adalah paparan yang dinyatakan di laman tersebut. Ni laman web SPA.


Kemudian, KM pun klik pada link tersebut. Berikut adalah paparan yang dipaparkan.

Kemudian, KM rasa macam cuak gak lah. Haritu Alhamdulillah, KM dah lulus peperiksaan. Sekarang, memang berdebar untuk penjadualan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik ini. So, KM pun pergi ke bahagian bawah laman web SPA iaitu Semakan Online. KM klik pada Senarai Penjadualan Temuduga. Berikut adalah paparan yang dipaparkan.
 
 
Dan keluarlah paparan seperti di bawah ini..Adus, berdebarnya jantung KM rasa macam nak berkhatan time kecik-kecik dulu..ahaks..
 
Wah, dah ada lah jadual temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik!!Takutnya bro!!KM pun klik lah pada link tersebut. KM pun masukkan IC KM dan klik Hantar.   Ini yang keluar!!
 
 Oh, kenapa pula keluar "Maaf!Maklumat anda tiada dalam urusan ini."KM terus telefon SPA, tanyakan pada pegawai SPA tentang kenapa maklumat KM tiada dalam urusan temuduga. Risau juga takut ada berlaku kesilapan teknikal. Pegawai tu kata "Cuba tengok di portal SPA, ada ditulis bahawa Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Jika nama encik tiada dalam penjadualan temuduga tadi, ia mungkin akan keluar pada penjadualan temuduga pada peringkat seterusnya. encik perlu semak laman portal SPA dalam masa 2/3 hari ini. Ramai calon temuduga sebab ramai lulus peperiksaan PTD haritu..dalam 6000 orang".
 
KM pun cakap dalam hati"Oh, 6000 orang?"getus suara hati kecilku..Takpe, yang penting, teruskan berusaha dan berdoa. InsyaAllah, andai ada rezeki KM, moga Allah permudahkan..Amin
 

Sample text

Sample Text

Sample Text